Sebagai ayahbonda...dalam sebuah keluarga apakah yang paling bernilai pada mereka selain melihat ana-anak berjaya......dalam kehidupan mereka.Kadang kala anakanak tidak perasan betapa ayahbonda berhempas pulas berusaha demi memenuhi sebuah impian anak-anak....Tetapi setelah mereka berjaya berapa kerat ke antara mereka dapat menilai pengorbanan mereka kepada ayahbonda....Bergolok bergadai, berhutang atau meminjam, menjual harta dan berbagai lagi adalah lumrah bagi ayahbonda berusaha untuk menunaikan impian anak-anak agar anak-anak mereka dapat menikmati apa yang diimpikan kelak....Bukan sedikit pengorbanan , yang dilakukan.....deraian airmata usah dikira tika memikir dimana untuk mencari rezeki untuk membesarkan dan melunaskan impian anak-anak ini.
Tika anak -anak menuntut ilmu ayahbonda terpaksa pendamkan kerisauan demi sebuah harapan untuk anak-anak berjaya kelak. Bukan senang untuk ayahbonda melepaskan anak- anak untuk tinggal berjauhan......yang pasti tidak ketahuan apa yang mereka bakal lakukan.Entah makan ke tidak....entah sihat ke sakit....semuanya bermain dalam perasaan yang berada jauh tika anak diperantauan.
Rela dalam paksa demi sebuah kejayaan...anak-anak.Tidak kiralah dalam negara atau luar negara...sama je kerana hati ayahbonda sangat.......halus bila memikirkan mereka.
Hidup mesti diteruskan samada anak-anak berada dekat atau jauh .Hanya doa dapat dipanjatkan semuga mereka sentiasa tahu dimana duduk mereka ketika itu.Apa tujuan mereka disana....semuanya nampak tiada jalan mudah.....untuk mencapai kejayaan ,memang jalannya berliku....oleh itu wahai anak-anak putera puteri bangsa....jangan kau tersesat membawa obor...tika melalui jalan berliku....tetapkan iman dan jangan goyah biar seribu cabaran yang mendatang....kerana sesudah musim sejuk pasti musim bunga akan menjengah,sesudah malam pasti hari siang akan muncul.....sesudah kesusahan..pasti kesenangan akan menunjukkan kelibatnya... cuma tawakallah dalam mengharungi semuanya.
Kejayaan anak-anak selalu didoakan sejak mereka kecil lagi.Tika kamu dilahirkan ...dijaga ,dibelai....tanpa jemu.Walaupaun kadangkala kamu memberontak tika ayahbonda keletihan kerenah mu tetap dilayan tanpa jemu.Celik mata tiada apa yang diingat selain kamu ...begitulah besarnya nilai ALLAH menciptakan ayahbonda untuk kamu. Kadangkala mereka rela berlapar demi kamu...rela bersakit demi kamu....rela berkorban apa saja demi anak-anaknya.....
Kini setelah kamu berjaya apakah yang telah kau hulurkan untuk mereka demi memberi kebahagiaan ...untuk mereka pula setelah apa yang mereka korbankan untuk kamu.....
Anak-anakku ayahbonda tidak mengharapkan balasan atas apa yang telah mereka lakukan.....tetapi sebagai anak-anak yang tahu menghargai pengorbanan,jasa dan kasih sayang ayahbonda selama ini.....apakah kau redha dengan hanya membiarkan mereka melalui hidup mereka sendiri....tanpa berfikir untuk membahagiakan mereka....Mereka pasti berbahagia apabila kamu tahu bagaimana untuk menghargai mereka.Besar hati mereka bila anak-anak mula membalas jasa mereka.....jangan fikirkan yang mereka itu banyak duit ,atau hartawan....ianya tidak sama dengan penghargaan atau pemberian seorang anak sendiri ....kerana apa yang disemai telah menampakkan hasilnya....AYAHBONDA pasti akan bercerita dengan bangganya pada kawan-kawan mereka akan ingatan kamu pada mereka......tetapi mereka pasti bersedih bila jasa mereka dilupakan begitu saja dan merasa terkilan bila rakan-rakan bercerita bahawa anak-anak mereka pula yang tahu mengenang jasa mereka......Tepuk dada tanyalah selera anak-anak yang bagaimana kah kamu ingin
menjadi......Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka-mereka yang mendahului....ayahbonda mereka dalam kehidupan kerana disinilah terletaknya KEBERKATAN kehidupan yang selalu manusia lupakan dalam kehidupan mereka.......