Love your mother. Get her new necklace

Sunday 12 June 2016

OHHH....KANGEN WATER KAU SINAR HIDUPKU....,.air ajaib carillah ia sekiranya anda tidak mahu menjalani rawaatan dihospital. dan bertawakkallah....bersungguhsungguh. ...semoga ALLAH mempermudahkan usaha kalian..........


Inginkan tubuh yang sakit kembali pulih ? Inginkan tenaga baru kembali remaja?Inginkan wajah yg kusam kembali cerah dan segar? Inginkan luka dan gatal kembali normal?inginkan kelemumur dan kegatalan kepala pulih sihat? Ingin usia tua diperlambatkan masa? Ingin rambut uban di hitam semula? Apakah resolusi semua yang di atas untuk digunakan .....kembalilah kita ke....asal.....back to origin...Kangen....adalah jawapannya. Antara testimonial yg hebat dr Kangen Water. Saya ada testimoni ibu mengandung yg mengalami kencing manis. Pada masa hamil anak pertama customer saya mengalami kencing manis pada paras 8.8. Sayangnya anak itu meninggal sebelum sempat dilahirkan. Setelah beberapa tahun menunggu, awal tahon ni beliau disahkan mengandung.beliau telah mula minum kangen water untuk beberapa bulan setelah keguguran.Dr rasa pelek krn setelah bebrapa kali keguguran kali ini beliau berjaya mengandung sehingga baby berjaya dilahirkan. Pelbagai kekurangan dapat seolah diisikan semula dgn meminum air ajaib ini yg mempunyai PH Alkali menghampiri PH Air ZAMZAM....tidak mustahil keajaiban ini adalah juga iltizam drp Allah kpd hambanya yg sentiasa tidak berputus asa untuk mencari Asbab memulihkan tubuh yg berasid kepada Alkali yg mana dapat memulihkan tubuh yg tidak bermaya kpd segar bertenaga .itulah kebesaran Allah .Tidak ramai mengkaji air untuk kesihatan tetapi ...ruparupanya tubuh memerlukan air yg azali untuk proses pemulihan tubuh badan dan bukan nya ubat. Kita telah tersalah tafsir rupanya selama ini dgn memberi ubat kpd tubuh tetapi sebenarnya air  yg azali diperlkan oleh tubuh kita iaitu air yg mempunyai 3 ciri utama Bersifat alkali yg tinggi , microcluster halus dan anti oxida yg tinggi.....Info selanjutnya 0199366560 ID :2529591

Bagaimana memiliki sebuah telaga air zamzam didalam rumah kita......Kangen Water drp Mesin Kangen....

Air Kangen adalah air yang dapat mengembalikan seluruh fungsi tubuh@ mengaktifkan enjin @ sistem dalaman dan organ tubuh yang lemah, letih, tidak bermaya, jem , kronik kembali menjadi sihat, segar, bertenaga, aktif, ceria .Apabila semua organ berfungsi dgn baik setelah menerima air alkali drp mesin kangen ia dapat menyeimbgkan keasidan didalam tubuh kita .Keasidan ini adalaah drp sumber pemakanan kita yg pelbagai jenis semasa kita membesar. Usus yg sihat dan bersih  merupakan punca kelancaran sistem metabolisma dan seolah ia mendapat kehidupan azali nya yg sebenar apabila semua saraf dapat berfungsi dgn lancar dan sistematik. Insyaallah ini kerana3 ciri utama yg amat POWER terdapat dalam air ini . 1) Anti Oxida yg tinggi  2) Beralkali yg tinggi ( mineral)  3) Mempunyai molekuil @ zarah mikro cluster yg sangat halus bg memudahkan sistempenyerapan tubuh badan Air ini jg mempunyaiHidrogen Aktif yg sangat diperlukan tubuh jg dikenali dgn air berionizer. Ciriciri inilah juga terkandung dalam air zamzam menyebabkan ianya adalah air yg terbaik antara yg baikbaik. Untuk sehari sekurg kurgnya antara 2ke 3 liter air Kangen perlu diminum untuk membersihkn tubuh dan meghidupkan enjin @ organ dalamn menjadi aktif bertenaga dan serta menjadikan tubuh awet muda.....    Memiliki sebuah mesin Kangen ibarat memiliki sebuah telaga kecil air zamzam dirumah kerana PH alkali menghampiri PH air zamzam dan mempunyai unsur penyembuhan untuk pelbagai penyakit atau menyeimbgkn semula apa yg kurg didalm tubuh akibat penuaan @ penyakit yg dihidapinya.                                                                       Sila hubungi Distributor KW - 0199366560 untuk mendapatkan maklumat@ info selanjutnya .           ID No: 2529591

Saturday 21 February 2015

PEMAKANAN YANG SEIMBANG PENTING UNTUK TUBUH YANG SIHAT

Anakanak telah pun meningkat dewasa.Kini rumah sunyi ibarat tidak berpenghuni  ...kosong semula ...penghuni telah menuju kedestinasi masing masing mencari rezeki ....bersesuaian dengan kemahiran dalam bidang yang mereka terokai....Hidup sendiri makan pun sendiri sendiri ...tapi awas anak anak .Berhati hatilah dengan pemakanan diluar sana ...jangan terlalu ' exited' sangat sampai terlupa pantang larang atau pesanan orang tuatua...untuk sentiasa berpadapada apabila makan ...Lebih lebih makan diluar,,,tidak ketahuan resepinya yangterlalu  berminyak ,berajinomotonya yang banyak ,,,terlalu manis ...terlalu masin ,,,dan sebagainya.

Awas sayang..... biarlah kita jadi pemilih sedikit bila hendak  makan kena pilih pilih sebab ...kalau penyakit dah datang ...mak aiiii badan sendiri yang merana...Ramai rasanya yg pernah kena polips .Ianya satu ketumbuhan yang boleh menyerang dimana mana  bahagian tubuh seperti dibahagian usus , payu dara ,kolon dll ......ianya bukan kanser tetapi boleh menjadi kanser kalau diabaikan .dan perlu dirawat dengan segera ..Ini semua akibat pengambilan berlebihan terhadap carbohidrat ,lemak dan makanan laut....tetapi kurang pengambilan serat .....seperti buahbuahan ,sayuran ,bijian yang sangat diperlukan tubuh dalam memudahkan  sistem pencernaan,,,atau penghadaman....Pengambilan serat dapat membantu melawaan bactiria dan radikal bebas yang mengganggu pertumbuhan sel sel baru dalam tubuh manusia,,,,ia juga bertindak seperti antibiotik dalam melindungi kerengsangantubuh badan,

Pemakanan seimbang sangat perlu untuk mengelakkan terjadinya polips ini....contoh nya kita harus makan banyak sayuran dan buahbuahan untuk mengimbangi apa yang terdapat dalam tubuh kita disamping memudahkan sistem pencernaan dalam tubuh kita.....Makanan SUNNAH adalah antara makanan yang terbaik untuk tubuh kita.Info ini boleh dibaca disini..untuk mendapatkan lebih maklumat SELANJUTNYA...mengenainya... http://ibuamiruluwais.blogspot.com/2013/05/21-jenis-makanan-sunnah.html. Mungkin banyak menafaat yang boleh kita kongsikan.http://ibuamiruluwais.blogspot.com/2013/05/21-jenis-makanan-sunnah.htmlhttp://ibuamiruluwais.blogspot.com/2013/05/21-jenis-makanan-sunnah.html

Selagi tak kena kita tak tahu dan tak rasa sakitnya ....bila dah kena barulah tahu dan rasa macam tak rela pula ....tapi tiap satu kejadian pasti ada sebab musababnya,  jadi kita kena reda....cuma kalau boleh elak kan bagus dielak ....dengan jaga sumber pemakananan kita. Kita adalah apa yang kita makan....Jaga kecantikan , jaga kesihatan dan jaga solat ,jaga hubungan silaturrahim ...barulah ada keberkatan dalam hidup ini.

Sunday 15 January 2012

Mencari Keberkatan Hidup yang ramai manusia lupakan dalam membina suatu kehidupan baru di masa depan.....

    Sebagai ayahbonda...dalam sebuah keluarga apakah yang paling bernilai pada mereka selain melihat ana-anak berjaya......dalam kehidupan mereka.Kadang kala anakanak  tidak perasan betapa ayahbonda berhempas pulas berusaha demi memenuhi sebuah impian anak-anak....Tetapi setelah mereka  berjaya berapa kerat ke antara mereka dapat menilai pengorbanan mereka kepada ayahbonda....Bergolok bergadai, berhutang atau meminjam, menjual harta dan berbagai lagi adalah lumrah bagi ayahbonda berusaha untuk menunaikan impian anak-anak agar anak-anak mereka  dapat menikmati apa yang diimpikan kelak....Bukan sedikit pengorbanan , yang dilakukan.....deraian airmata usah dikira tika memikir dimana untuk mencari rezeki untuk  membesarkan dan melunaskan impian anak-anak ini.
   
    Tika anak -anak menuntut ilmu ayahbonda terpaksa pendamkan kerisauan demi sebuah harapan untuk anak-anak berjaya kelak. Bukan senang untuk ayahbonda melepaskan anak- anak untuk tinggal berjauhan......yang pasti  tidak ketahuan apa yang mereka bakal lakukan.Entah makan ke tidak....entah sihat ke sakit....semuanya bermain dalam perasaan yang berada jauh tika anak diperantauan.
Rela dalam paksa demi sebuah kejayaan...anak-anak.Tidak kiralah dalam negara atau luar negara...sama je kerana hati ayahbonda sangat.......halus bila memikirkan mereka.

     Hidup mesti diteruskan samada anak-anak berada  dekat atau jauh .Hanya doa dapat dipanjatkan semuga mereka sentiasa tahu dimana duduk mereka ketika itu.Apa tujuan mereka disana....semuanya nampak tiada jalan mudah.....untuk mencapai kejayaan ,memang jalannya berliku....oleh itu wahai anak-anak putera puteri bangsa....jangan kau tersesat membawa obor...tika melalui jalan berliku....tetapkan iman dan jangan goyah biar seribu cabaran yang mendatang....kerana sesudah musim sejuk pasti musim bunga akan menjengah,sesudah malam pasti  hari siang akan muncul.....sesudah kesusahan..pasti kesenangan akan menunjukkan kelibatnya... cuma tawakallah dalam mengharungi semuanya.

     Kejayaan anak-anak selalu didoakan sejak mereka kecil lagi.Tika kamu dilahirkan ...dijaga ,dibelai....tanpa jemu.Walaupaun kadangkala kamu memberontak tika ayahbonda keletihan kerenah mu tetap dilayan tanpa jemu.Celik mata tiada apa yang diingat selain kamu ...begitulah besarnya nilai  ALLAH menciptakan ayahbonda untuk kamu. Kadangkala mereka rela berlapar demi kamu...rela bersakit demi kamu....rela berkorban apa saja demi anak-anaknya.....
        Kini setelah kamu berjaya apakah yang telah kau hulurkan untuk mereka demi memberi kebahagiaan ...untuk mereka pula setelah apa yang mereka korbankan untuk kamu.....
 Anak-anakku ayahbonda tidak mengharapkan balasan atas apa yang telah mereka lakukan.....tetapi sebagai anak-anak yang tahu menghargai pengorbanan,jasa dan kasih sayang ayahbonda selama ini.....apakah kau redha dengan hanya membiarkan mereka melalui hidup mereka sendiri....tanpa berfikir untuk membahagiakan mereka....Mereka pasti berbahagia apabila kamu tahu bagaimana untuk menghargai mereka.Besar hati mereka bila anak-anak mula membalas jasa mereka.....jangan fikirkan yang mereka itu banyak duit ,atau hartawan....ianya tidak sama dengan penghargaan atau  pemberian seorang anak sendiri ....kerana apa yang disemai telah menampakkan hasilnya....AYAHBONDA pasti akan bercerita dengan bangganya pada  kawan-kawan mereka  akan ingatan kamu pada mereka......tetapi mereka pasti bersedih bila jasa mereka dilupakan begitu saja dan merasa terkilan bila rakan-rakan bercerita bahawa anak-anak mereka pula yang tahu mengenang jasa mereka......Tepuk dada tanyalah selera anak-anak  yang bagaimana kah kamu ingin
menjadi......Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka-mereka yang mendahului....ayahbonda mereka  dalam kehidupan kerana disinilah terletaknya KEBERKATAN kehidupan yang selalu manusia lupakan dalam kehidupan mereka.......

Thursday 29 September 2011

   
http://www.pendapatanpanas.com/?id=fuziahkassim

            Menjadi seorang bonda atau ibu pada masa kini memerlukan satu kemahiran dalam pendidikan.Dalam zaman IT ( Teknologi maklumat ) kini memerlukan kaum ibu sentiasa dapat mengemaskinikan pengetahuan semasa agar dapat mengimbangi pengetahuan anak-anak juga. Ini agar mereka dapat duduk berbincang dan mengetahui serba sedikit tentang kegiatan yang anak-anak mereka lakukan.Mereka juga sepatutnya bijak dalam mengisi masa lapang anak-anak agar mereka tidak dibiarkan leka dan tersasar dalam mengisi usia remaja secara sia-sia sahaja.Bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa diperlukan agar anak-anak akan sentiasa berada dilandasan yang betul terutama di usia muda mereka.Sekiranya dari segi akademik mereka agak kurang berminat hantarkan mereka kebidang kemahiran yang banyak boleh didapati dengan berbagai-bagai pinjaman dan tajaan yang sedia membantu.....seperti unit perancang ekonomi negeri,yayasan negeri ,baitulmal dan sebagainya.....
      Pada hari ini berbagai2 cerita boleh kita lihat berlaku terhadap anak-anak kita kerana kurang prihatin atau dimana silapnya kita membesarkan anak-anak sehingga kadang - kadang kita tak sangka sesuatu yang mereka tergamak lakukan samada pada ibubapa ,nenek atau keluarga sendiri.Didalam media samada televisyen, internet dan  surat-surat khabar seperti berita harian,utusan dan harian Metro terpapar peristiwa-peristiwa semasa yang mengerikan dan diluar jangkaan fikiran manusia memikirkannya seperti anak pukul ayah dan datuk  hingga mati.Mungkin setengah - setengah orang menggangap bahawa apabila negara menuju sebagai sebuah negara maju maka  kejadian pelik dan luarbiasa tidak dapat dielakkan.
      Walauapapun alasannya kita sebagai orang tua kenalah sentiasa prihatin dengan kerenah anak -anak kita supaya mereka tidak tergelincir jauh dari apa yang sepatutnya.NAUZUBILLAH...minta diselamatkan anak-anak kita daripada perkara-perkara buruk....dan agar mereka sentiasa waras dalam apa yang dilakukan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada kita sendiri.Perbuatan atau kegiatan mereka hendaklah sentiasa dipantau... .Peranan ibu bapa sangat penting kini dalam menjamin kesejahteraan anak-anak dalam membina masa depan mereka dan negara.Generasi hari ini melambangkan bagaimana gambaran negara pada masa depan....Semua ibu bapa mahukan anak-anaknya berjaya...tapi apakah usaha kita kearah itu...telah kita laksanakan......
     Benar kata pepatah kalau hendak melenturkan buluh biarlah dari rebungnya.......




Nine Over Ten 9/10 Becoming a Virtual Mat Rempit



Panduan mendidik remaja anda dalam masa yang singkat.