Love your mother. Get her new necklace

Thursday 29 September 2011

   
http://www.pendapatanpanas.com/?id=fuziahkassim

            Menjadi seorang bonda atau ibu pada masa kini memerlukan satu kemahiran dalam pendidikan.Dalam zaman IT ( Teknologi maklumat ) kini memerlukan kaum ibu sentiasa dapat mengemaskinikan pengetahuan semasa agar dapat mengimbangi pengetahuan anak-anak juga. Ini agar mereka dapat duduk berbincang dan mengetahui serba sedikit tentang kegiatan yang anak-anak mereka lakukan.Mereka juga sepatutnya bijak dalam mengisi masa lapang anak-anak agar mereka tidak dibiarkan leka dan tersasar dalam mengisi usia remaja secara sia-sia sahaja.Bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa diperlukan agar anak-anak akan sentiasa berada dilandasan yang betul terutama di usia muda mereka.Sekiranya dari segi akademik mereka agak kurang berminat hantarkan mereka kebidang kemahiran yang banyak boleh didapati dengan berbagai-bagai pinjaman dan tajaan yang sedia membantu.....seperti unit perancang ekonomi negeri,yayasan negeri ,baitulmal dan sebagainya.....
      Pada hari ini berbagai2 cerita boleh kita lihat berlaku terhadap anak-anak kita kerana kurang prihatin atau dimana silapnya kita membesarkan anak-anak sehingga kadang - kadang kita tak sangka sesuatu yang mereka tergamak lakukan samada pada ibubapa ,nenek atau keluarga sendiri.Didalam media samada televisyen, internet dan  surat-surat khabar seperti berita harian,utusan dan harian Metro terpapar peristiwa-peristiwa semasa yang mengerikan dan diluar jangkaan fikiran manusia memikirkannya seperti anak pukul ayah dan datuk  hingga mati.Mungkin setengah - setengah orang menggangap bahawa apabila negara menuju sebagai sebuah negara maju maka  kejadian pelik dan luarbiasa tidak dapat dielakkan.
      Walauapapun alasannya kita sebagai orang tua kenalah sentiasa prihatin dengan kerenah anak -anak kita supaya mereka tidak tergelincir jauh dari apa yang sepatutnya.NAUZUBILLAH...minta diselamatkan anak-anak kita daripada perkara-perkara buruk....dan agar mereka sentiasa waras dalam apa yang dilakukan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada kita sendiri.Perbuatan atau kegiatan mereka hendaklah sentiasa dipantau... .Peranan ibu bapa sangat penting kini dalam menjamin kesejahteraan anak-anak dalam membina masa depan mereka dan negara.Generasi hari ini melambangkan bagaimana gambaran negara pada masa depan....Semua ibu bapa mahukan anak-anaknya berjaya...tapi apakah usaha kita kearah itu...telah kita laksanakan......
     Benar kata pepatah kalau hendak melenturkan buluh biarlah dari rebungnya.......




Nine Over Ten 9/10 Becoming a Virtual Mat Rempit



Panduan mendidik remaja anda dalam masa yang singkat.

     

No comments:

Post a Comment